ERWIN didakwa mabuk dan berjalan terhuyung-hayang di Bukit Bintang baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON dan penyanyi, Erwin Dawson menafikan dirinya dalam keadaan mabuk dan berjalan seperti orang gila di tengah Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ia berikutan munculnya video berdurasi 37 saat yang menunjukkan pelakon asal Singapura itu kelihatan berjalan terhuyung-hayang dalam hujan.

"Ini salah faham. Sebenarnya, saya sedang menjalani penggambaran untuk video muzik lagu Senang, kolaborasi antara saya dengan penyanyi rap, Atrez.

"Saya sendiri tak pasti siapa merakamkan situasi ini dan bagaimana boleh timbul kenyataan mengatakan saya sedang mabuk," katanya kepada Harian Metro.

Erwin berkata, penggambaran itu dijalankan pada awal Jun lalu.

"Saya pun tak faham, kenapa baru sekarang ada orang nak kongsikan di media sosial dengan kenyataan sebegitu," katanya.

Kini, video muzik itu masih dalam proses suntingan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.

Terbaru, drama lakonannya, Mimpi Sabrina dan Ajari Playboy itu sedang ditayangkan di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 4:55 PM