BELLA Astillah. FOTO Mahzir Mat Isa.


“SAYA tak kisah pun. Anda semua sudah tahu yang kami sudah tak ada kena mengena,” kata penyanyi Bella Astillah menganai foto yang dimuat naik bekas suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz bersama seorang wanita di Instagram Story.

Bella yang sudah hampir dua bulan bergelar ibu tunggal berkata, dia tidak terkesan dengan gambar terbabit memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah berakhir.

“Ramai yang menghantar mesej peribadi di Instagram dan cuba ‘bakar’ saya dengan gambar Aliff itu, tapi saya tak kisah pun.

“Jadi apa-apa yang Alif buat adalah untuk diri dia. Saya pun ada di Malaysia dan dia di Singapura. Jadi saya okay saja,” katanya.

Terdahulu, gambar Instagram Story Aliff bersama seorang wanita dikenali Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehingga mereka menghantar foto terbabit kepada Bella.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 2:01 PM