SYAFIE Naswip terima kata-kata semangat dan perangsang daripada rakan artis selepas putus tunang dengan Aishah Azman. FOTO Arkib NSTP
SYAFIE Naswip terima kata-kata semangat dan perangsang daripada rakan artis selepas putus tunang dengan Aishah Azman. FOTO Arkib NSTP
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON Syafie Naswip yang baru-baru ini mengumumkan putus tunang dengan dramatis juga adik kepada aktor Afiq Muiz, Aishah Azman menerima kata-kata nasihat dan perangsang daripada rakan artis dan penggiat seni lebih senior.

Syafie yang memuat naik kenyataannya di laman Instagram hari ini bahawa ajal, maut dan pertemuan berlaku dengan izin-Nya, mendapat maklum balas daripada teman artis antaranya Rita Rudaini, Bella Dally dan Zarina Zainuddin.

Kebanyakan mereka mengharapkan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Mukhsin itu, kuat dan tabah berhadapan dengan dugaan terbabit.

Rita dalam mesej yang dimuat naik di laman Instagram Syafie menasihati dengan berkata, apa yang berlaku atas kehendak Allah dan kemungkinan Allah mahu mendatangkan perkara lebih baik buat dirinya.

Zarina pula menzahirkan rasa terkejut dengan berita putus tunang antara Syafie dan Aishah serta dalam waktu sama mendoakan selepas ini andai bertemu jodoh, ia dipermudahkan buat aktor muda itu.

Syafie yang sebelum ini enggan menjelaskan punca dia putus tunang dengan Aishah dalam waktu sama mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik buat dirinya.

“Teruslah positif dan sebarkan rasa cinta,” katanya.

Syafie sebelum ini menjelaskan pertunangan dengan Aishah putus atas persetujuan bersama, tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Tidak ada orang ketiga atau masalah keluarga, tetapi dugaan bertunang terlalu berat, membuatkan kami tidak mampu meneruskan hubungan ini,” katanya.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan 7 April lalu dan mengikut perancangan awal majlis pernikahan serta persandingan bakal dilangsungkan akhir tahun ini.

Berita berkaitan

Syafie Naswip, Aishah Azman putus tunang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 8:48 PM