ZIZI mengakui berkawan dengan lelaki berusia. FOTO Nur adibah Ahmad Izam
ZIZI mengakui berkawan dengan lelaki berusia. FOTO Nur adibah Ahmad Izam
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI seksi, Zizi Kirana mengakui berkawan dengan lelaki berusia ada daya tarikan tersendiri.

Zizi, 34, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, dia juga tidak menolak jodoh sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan lelaki berusia.

“Kalau jodoh itu boleh diberi pilihan, saya atau sesiapa saja sudah pasti inginkan yang terbaik menjadi pasangan hidup. Namun, dalam kehidupan ini kita tidak boleh menidakkan aturan dan ketentuan Allah SWT. Soal jodoh, ajal dan maut itu kerja Dia.

“Saya okay jika ditakdirkan berkawan dan berkahwin dengan lelaki berusia. Apa yang penting dia boleh menjaga, membahagiakan dan membuat saya ketawa,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, nama Zizi yang popular menerusi lagu Nakketaknak menjadi sebutan apabila gambar dia menggayakan busana perkahwinan bersama pelawak, Ebby Yus tular di media sosial.

Ramai beranggapan mereka berkahwin dan tidak kurang juga yang terkejut dengan pilihan Zizi itu.

Namun, Harian Metro semalam melaporkan yang sebagai memetik kenyataan Ebby Yus berkata, gambar itu diambil ketika mereka menjayakan program Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang ditayangkan di TV3.

Bercakap mengenai jodoh, Zizi bagaimanapun menolak suami orang.

“Kalau dia berusia atau orang tua sekali pun, saya okay asalkan bukan suami orang. Sebagai wanita, saya perlu menghormati hak wanita lain.

“Saya percaya, dalam soal ini diri sendiri perlu memainkan peranan. Sekiranya memang lelaki itu bukan jodoh kita, saya percaya Allah akan hadirkan lelaki lain yang lebih baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 12:19 PM