NABIL berterima kasih atas teguran diterima dan memohon doa yang baik-baik. FOTO Rosela Ismail


“TERIMA kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan,” kata pengacara Nabil Mahir yang seolah-olah menjawab tuduhan dibuat bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand baru-baru ini.

Nabil menerusi gambar terbaru di Instagram berkata, diam tidak bermaksud dia kalah atau salah.

"Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri.

"Diam tak bermaksud salah atau kalah," tulisnya.

Menurutnya, dia juga berterima kasih atas teguran diterima dan memohon doa yang baik-baik.

"Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," tulisnya.

Terdahulu Sarah dikatakan mendedahkan punca sebenar perpisahannya dengan Nabil.

Sarah menerusi akaun Instagram miliknya membuat pengakuan terbuka bahawa mereka berdua sebelum ini tidak pernah berbincang bagi membina masa depan bersama selain dituduh mengejar populariti dan melakukan perkara tidak senonoh dengan pengurusnya.

Berita berkaitan

Sarah Hildebrand dituduh curang, kejar populariti

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 5:33 PM