SITI Elizad.
SITI Elizad.
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON popular Siti Elizad kesal apabila gurauan bersama rakan penyampai segmen Duo Sinar, Hefny Sahad yang dimuat naik di Instagram Stories setiap hari disalah anggap segelintir peminat.

Elizad, 35, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin menegaskan dia masih tahu membezakan gurauan dengan tindakan yang tidak sepatutnya dibuat.

“Kalau nak tahu, saya terbuka untuk terima apa sahaja komen. Namun, apabila perkara sama dan tidak sepatutnya di kritik setiap hari, bagi saya ia sudah sampai tahap tidak menghormati orang.

“Saya bukannya bodoh untuk melakukan perkara tidak masuk akal. Jadi, apa yang dimuat naik di IG Stories itu adalah perkara biasa dan gurauan untuk mencari keserasian memandangkan kami baru pertama kali digandingkan bersama dalam Duo Sinar.

“Jadi, tidak ada isu saya sengaja untuk mengenakan seseorang. Sebaliknya, ia lebih kepada gurauan. Biasalah sakat menyakat. Takkan itu pun tak boleh bezakan?” katanya kepada Harian Metro.

Elizad yang juga pengacara program Mingguan Wanita dan penyampai Radio Sinar beranggapan peminat sebegitu tidak pernah bergurau.

“Saya beranggapan mungkin peminat jenis ini tak pernah bergurau dengan orang lain atau hidupnya tidak di kelilingi kawan. Dalam erti kata hidup mereka membosankan. Jangan acah-acah ‘poyo’,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 7:30 PM