FAZREEZ tidak menjangka penyanyi dan komposer yang juga rakan baiknya itu bertindak di luar kawalan. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
FAZREEZ tidak menjangka penyanyi dan komposer yang juga rakan baiknya itu bertindak di luar kawalan. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Sudirman Mohd Tahir


“SAYA berada di tempat kejadian dan dipanggil memberi keterangan semalam. Tapi, bukan saya individu terbabit. Jangan fitnah,” kata penyanyi, Fareez Fauzi, 22, berhubung penahanan penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) kerana mencekik pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam.

Fareez berkata, dia tidak menjangka penyanyi dan komposer yang juga rakan baiknya itu bertindak di luar kawalan.

Malah, Fareez mengakui rakannya itu menunjukkan perubahan dan bersikap pelik semalam tidak seperti sebelum ini.

“Sudah hampir sebulan tak jumpa dia. Semalam jumpa dia sangat pelik. Dia asyik marah saja. Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak.

“Dalam perjalanan, saya singgah nak isi minyak. Dia pula masuk dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selepas setengah jam menunggu dalam kereta dia berasa lain macam apabila rakannya masih tidak keluar.

“Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.

“Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau.

“Dia masuk semula dan kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fareez, rakannya itu bertindak sedemikian kerana tertekan dan kemurungan.

“Dia ada cerita kemurungan sebab selalu kena kecam dengan warganet. Katanya, orang tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan.

“Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit,” katanya.

Fareez berkata, rakannya itu masih direman dan akan dibawa ke mahkamah esok.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lelaki yang juga komposer lagu berbakat ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan.

Berita berkaitan

Artis 'baru nak up' ditahan polis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 7:09 PM