AMY mendoakan segala urusan dipermudahkan buat seluruh keluarga Allahyarham Yazit. FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph


VOKALIS Search, Suhaimi Abdul Rahman menyampaikan salam takziah di atas pemergian bekas pemain dram band itu, Yazit Ahmad, 57, pada 11.53 pagi tadi.

Suhaimi atau Amy, 61, yang kini berada di Jakarta, Indonesia turut memohon maaf tidak dapat menghadiri pengebumian Allahyarham Yazit atas tuntutan kerja.

“Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas pemergian Yazit ke Rahmatullah hari ini.

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator untuk sebuah program yang bersiaran langsung pada malam ini.

“Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat,” katanya menerusi kenyataan media.

Amy memaklumkan dia terikat menjayakan program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta.

Dia turut mendoakan segala urusan dipermudahkan buat seluruh keluarga Allahyarham.

“Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya,” katanya.

Bekas pemain dram kumpulan Search itu menghembuskan nafas terakhir selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi.

Terdahulu, arwah dimasukkan ke hospital terbabit akibat masalah pernafasan.

Berita berkaitan

Yazit sudah tiada

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 4:30 PM