M NASIR (dua kiri) antara rakan artis yang menziarahi Allahyarham Yazit di Hospital Kuala Lumpur (HKL). FOTO Mustaffa Kamal
Ridzuan Abdul Rahman


"SAYA melihat dia sebagai tulang belakang kepada kumpulan Search, apatah lagi mereka sebuah kumpulan rock otai,” kata komposer dan penyanyi, Datuk M Nasir mengenai pemergian ke rahmatullah bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad.

Menurutnya, Yazit disifatkan sebagai penggerak utama dengan kelincahan dan kepakarannya bermain dram.

"Dia juga seorang kawan yang baik dan seorang pemuzik rock sempurna.

"Biarpun dalam keadaan sakit, dia masih lagi datang dan jumpa saya dan kita cerita pasal projek akan datang. Dia sentiasa berada dalam keadaan positif," katanya.

Sementara itu, Datuk Awie menyifatkan dia seperti kehilangan seorang abang yang disifatkan sebagai antara paling rapat dengannya dalam industri hiburan tanah air.

"Yazit antara pencetus muzik rock di Malaysia dan saya sedih dengan pemergian dia.

"Bagaimanapun saya lega kerana dah lakukan yang sepatutnya untuk bantu dia ketika berdepan masalah kesihatan.

"Saya dapat buat satu konsert Wings & Superfriends di Istana Budaya dan ambil dia sebagai ikon untuk diketengahkan masalah artis tanah air," katanya.

Berita berkaitan

'Papa pesan jaga ibu dengan baik'

Amy ucap takziah pemergian Yazit

Yazit sudah tiada

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 7:07 PM