FAKHRUL jalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota.
FAKHRUL jalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota.
Ardini Sophia Sina

ANGGOTA kumpulan UNIC, Mohd Fakhrul Radhi, 33, disahkan mengalami jangkitan dalam usus menyebabkan sakit perut yang teruk dan demam.

Perkara itu dikongsikan rakannya, Wan Najdi Wan Mohd Noh selepas menziarahi Fakhrul yang kini menjalani rawatan di salah sebuah hospital, di ibu kota.

Najdi ketika dihubungi berkata, Fakhrul mengalami sakit perut yang teruk sejak Jumaat lalu tetapi dia menganggap ia mungkin disebabkan gastrik.

“Bagaimanapun, pagi semalam dia dikejarkan ke hospital sebab terlalu sakit sampaikan dia mengerang kesakitan.

“Dia juga ada masalah untuk kentut dan buang air besar, itu yang menyebabkan doktor buat endoskopi untuk kenal pasti punca sebenar,” katanya.

Ditanya sehingga bila Fakhrul akan dirawat, Najdi berkata, kemungkinan dalam tempoh dua hari lagi barulah rakannya dibenarkan pulang ke rumah.

Najdi turut memohon agar peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan Fakhrul kembali pulih.

“Dia sebenarnya mahu rehat tetapi saya pergi juga melawat untuk melihat keadaannya dan kebetulan ada perkara yang perlu saya maklumkan kepadanya.

“Alhamdulillah, tidak ada masalah kesihatan yang serius. Semoga Fakhrul cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, menurut Bazli, Fakhrul mulai mengalami sakit perut pada 12 tengah malam tadi kemudian ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Fakhrul tidak dapat tidur sebab rasa sakit memulas lalu ke hospital pada jam tiga pagi. Walaupun sudah diberikan dua suntikan tapi masih tidak okay.

“Doktor mencadangkan dia ke hospital. Sekitar empat pagi, Fakhrul ke bahagian kecemasan dan terus dimasukkan ke wad,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 7:02 PM