Han Byul (tengah), naib juara, Adzrin (kiri) serta tempat ketiga, Neeta (kanan) bergambar bersama trofi yang dimenangi selepas persembahan peringkat akhir Big Stage 2019, di Auditorium MBSA, Shah Alam. FOTO/SAIRIEN NAFIS
Han Byul (tengah), naib juara, Adzrin (kiri) serta tempat ketiga, Neeta (kanan) bergambar bersama trofi yang dimenangi selepas persembahan peringkat akhir Big Stage 2019, di Auditorium MBSA, Shah Alam. FOTO/SAIRIEN NAFIS
Syafil Syazwan Jefri


SEPERTI dijangka, penyanyi yang juga peserta program realiti Big Stage musim kedua, Han-Byul diumumkan sebagai juara program itu sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro, berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi dari Korea Selatan itu tampil menyampaikan lagu tugasan iaitu Lose Yourself dan lagu baru, Luka Dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusli bergelar juara dengan markah terkumpul 70.33 peratus daripada dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, markah juri jemputan, Misha Omar serta markah undian penonton.

Tempat kedua pula digondol oleh Neeta Manisha yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Pemenang tempat ketiga, Adzrin pula berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Sementara itu, Irfan Haris pula diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Tempat kelima dimenangi oleh peserta dari Indonesia Dinda Permata yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Big Stage diacarakan oleh pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:28 AM
Digital NSTP Subscribe