AMAR memaklumkan isterinya, Arna tahu dia berkawan dengan Ellika. FOTO Instagram Amar Asyraf
Rudy Imran Shamsudin


“KALAU benarlah seperti apa yang didakwa mengapa isteri masih lagi setia dan berada di sisi saya?,” kata pelakon dan pengarah, Amar Asyraf mengulas dakwaan yang dihebahkan pelakon dan penggiat teater, Ellika Azman.

Ellika sebelum itu di Instagram miliknya mendedahkan dia dan Amar merancang untuk berkahwin minggu depan tetapi membatalkan kerana baru mengetahui aktor itu sudah beristeri dua.

Amar berkata, bohonglah kalau dia menegaskan tidak mengenali Ellika, tambahan pula mereka pernah bergandingan dalam teater Puteri Saadong.

“Kami memang berkawan rapat, malah isteri juga tahu mengenai perkara itu. Cuma saya tidak bercadang untuk memberikan komen lanjut kerana mahu menjaga aibnya,” katanya.

Katanya, kalau benar begitu buruk sikapnya sehingga menganiaya banyak wanita termasuk isteri sendiri, mengapa isterinya tetap melayaninya dengan baik.

“Bukan isteri tetapi keluarga juga turut ada di belakang saat saya sedang diaibkan oleh dia.

“Cukuplah apa yang berlaku antara saya dengan dia. Biar antara kami, isteri dan keluarga saja tahu, tidak perlulah untuk dipukul canang kepada umum,” katanya.

Menurutnya, apa juga perkara yang berlaku membabitkan dirinya dan Ellika, isterinya Arna Salleh tahu akan kedudukan sebenar.

Menyentuh mengenai dakwaan dia sudah bernikah satu lagi, pelakon utama Tanah Kubur itu menegaskan dia tidak mahu memberikan komen mengenainya kerana bimbang ia akan memanjangkan lagi isu yang cuba ditimbulkan Ellika.

“Sekali gus kenyataan itu akan dimanipulasi sehingga mengaitkan banyak pihak dan memberi kesan pada hubungan baik antara ahli keluarga saya,” katanya.

Berita berkaitan

'Ingatkan satu, rupanya dua bini'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 7:51 PM