RAMLI meninggal dunia di Hosital Ampang akibat serangan jantung, malam tadi.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

PELAKON komedi veteran dan kru produksi, Ramli Harun, 63, atau lebih dikenali sebagai Ben Kanobi meninggal dunia di Hosital Ampang akibat serangan jantung, malam tadi.

Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, Salman al-Farisi berkata,

sebelum pulang ke rumahnya di Pandan Indah, arwah sempat menjamah makanan bersama rakan di sebuah gerai di Pandan Mewah.

Katanya, sebaik tiba di rumah kira-kira jam 10 malam, Harun tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam biliknya.

“Beberapa rakan yang dimaklumkan kejadian melalui jiran bergegas ke rumah dan membawanya ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Salman, Harun yang tidak berkahwin dan menetap seorang diri turut mengalami masalah paru-paru.

Katanya, jenazah disolat di Masjid al-Azim di Pandan Indah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, hari ini.

Allahyarham ketika hayatnya banyak terbabit di belakang tabir selain turut berlakon dalam beberapa filem arahan Aziz M Osman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 10:36 AM