GAMBAR yang dimuat naik Bella dan Aliff di Instagram Story. FOTO Instagram Bella dan Aliff
Syafil Syazwan Jefri


TINDAKAN penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz memuat naik gambar di Instagram Story menunjukkan mereka berada di pusat bowling, semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap cinta mereka kembali berputik.

Kedua-duanya memuat naik gambar kaki mereka mengenakan kasut khas bermain bowling.

Bagaimanapun, Bella ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Katanya, apa yang dilakukan adakah yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

“Dia perlukan ibu bapanya dan tak boleh satu pihak saja. Lagipun kami tidak keluar berdua, sebaliknya turut ditemani ibu, adik dan beberapa anggota keluarga lain,” katanya.

Pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen berhubung gambar itu. Ada yang mendoakan mereka dan tidak kurang juga mengharapkan Bella tidak kembali bersama bekas suaminya itu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 4:57 PM