GAMBAR tular MK dengan wanita yang dikatakan kekasihnya.


"MUNGKIN foto yang tular bersama saya itu adalah anggota keluarga. Saya ada enam kakak dan ibu," kata penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK mengenai identiti wanita dalam foto yang tular pada 5 Oktober lalu.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 23, berkata, dia tidak mengetahui gerangan di dalam foto dan videonya bersama seorang wanita didakwa kekasihnya menjadi perhatian warganet hingga ada yang patah hati.

"Saya jarang ambil peduli mengenai gosip yang berlaku di media sosial. Jadi saya memang kurang tahu mengenai gosip yang tular.

"Ramai wanita dalam hidup saya. Kalau ditanya mengenai gambar tular, saya tiada jawapan kerana belum tengok dan kurang pasti gambar apa yang sedang tular. Saya tak dapat nak mengesahkan, tapi mungkin kakak," katanya.

Menurutnya, dia menyerahkan urusan jodoh di tangan Allah dan seandainya sudah tiba masa dia akan mengumumkannya.

"Jodoh itu di tangan Allah, Kalau semuanya berjalan dengan baik, saya harap semua perancangan dipermudahkan. Tapi buat masa sekarang, saya dan ahli yang lain masih muda.

"Kami pun masih muda dan mahu fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu. Kalau ada rezeki untuk menjaga seseorang dan memulakan keluarga, insya-Allah ia tiada halangan," katanya.

Terdahulu video MK bersama seorang wanita yang didakwa kekasihnya kelihatan cukup serasi tular selepas warganet memuat baik di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 5:28 PM