FAZURA dan Fattah Amin pada Konsert The Singing Pizza di Bentely Music.
Syanty Octavia Amry


KEHADIRAN pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura bagaikan dinanti peminat apabila kemunculan mereka di pentas mendapat sorakan.

Pasangan itu tampil pada konsert yang diberi nama Konsert Eksklusif The Singing Pizza di Auditorium Bentley Music, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Terdahulu, Fattah tampil menyanyikan dua lagu solo bertajuk Isterimewa dan 1234U.

Pasangan berkenaan turut menyanyikan lagu duet terbaharu mereka berjudul Paling Sempurna yang pertama kali dipersembahkan di depan penonton.

Dalam pada itu, Fazura turut menyanyikan lagu seperti Bangun, Bisa Apa dan Can’t Forget Me.

Selain pasangan ini, turut menghiburkan kira-kira 500 penonton ialah Aman Ra, Zen, Alvin Chong, ThomasJack dan Shalma Eliana.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam itu adalah anjuran Universal Music Group dan Pizza Hut Malaysia.

Ia acara kemuncak kerjasama menggabungkan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan muzik yang sentiasa berkembang mengikut arus semasa.

Pertama kali diadakan, ia bertujuan memperkenalkan kempen The Singing Pizza yang menjadikan kotak piza biasa sebagai kotak muzik.

The Singing Pizza berupaya memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik.

Senarai lagu The Singing Pizza terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemas kini setiap dua minggu, termasuk lagu dalam trend dan trek eksklusif yang belum dilancarkan oleh artis seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

Untuk menikmati pengalaman The Singing Pizza, pelanggan perlu mengimbas kod QR pada kotak pizza.

Muzik akan dimainkan pada telefon pintar setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.

Selain itu, bagi pelanggan yang menikmati hidangan di restoran Pizza Hut, mereka boleh mengimbas kod QR yang diberi dan boleh memilih senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza.

Menariknya, kempen ini turut meraih Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran di Majlis Marketing Excellent Awards 2019 anjuran Majalah Advertising & Marketing, baru-baru ini.

Tidak hanya konsert, dua pelanggan bertuah juga berpeluang menyaksikan persembahan Shawn Mendes secara langsung di Sydney, Australia bersama Alvin Chong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 6:00 AM