MAMAT Khalid kini stabil.
Norhayati Nordin


PENGARAH filem popular, Mamat Khalid, 56, sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak seminggu lalu dan kini berehat di rumah.

Isterinya, Hasmah Hassan ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana Mamat kini sudah ada selera makan walaupun keadaannya masih lemah.

“Dia demam sikit, jadi kuranglah sikit makan,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Mamat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Ipoh, Perak, selepas mengadu sesak nafas.

Namun, keesokannya tular foto Mamat terbaring dengan tiub dan wayar berselirat di badan hingga menyebabkan ramai beranggapan pengarah terkenal itu sakit teruk.

Hasmah berkata, dia berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan suaminya termasuk keprihatinan sahabat dalam industri hiburan yang menziarahinya di hospital.

Sebelum jatuh sakit, Mamat dikatakan sibuk dengan urusan pra-produksi pembikinan filem terbarunya berjudul Enam. Mamat turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019 menerusi filem Hantu Kak Limah, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 1:51 PM