AZHAN dan Tash Yong
Oleh Norhayati Nordin


GELARAN ‘sendu’ sering diberikan kepada selebriti tanah air yang kurang popular. Malah, artis berusia serta tidak memiliki ‘pakej lengkap’ untuk menarik perhatian peminat masa kini juga turut menerima jolokan itu.

Minggu ini, ikuti perkongsian pendapat pelakon Azhan Rani dan Tash Yong mengenai gelaran ‘sendu’ dan layanan yang diterima golongan itu.

Azhan Rani

“Saya pernah dilabel artis sendu hanya kerana kurang dikenali dan tidak popular. Namun, pada saya sendu atau tidak, biarlah kerana yang pasti saya sudah buktikan bakat dan kemampuan diri menerusi lakonan.

Apa pun kata orang, saya bersyukur kerana tawaran berlakon tidak pernah putus. Cuma, harapnya bayaran untuk pelakon biarlah setimpal dengan kerja dan diserahkan tepat pada masa yang dijanjikan.”

Tash Yong

“Bagi saya, artis sendu atau tidak ia bukan ukuran. Apatah lagi, ‘sendu’ itu sesuatu yang subjektif. Terpulanglah kepada orang ramai nak kata atau label apa pun, yang penting saya yakin dengan bakat dan kebolehan diri.

Bahkan, saya juga sentiasa berusaha membuktikan bakat menerusi setiap watak lakonan saya. Alhamdulillah, setakat ini berjaya.

Namun, apa diharapkan sikap profesional daripada semua pihak. Berada dalam bidang ini kita kena

profesional.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 5:10 AM