X
HAEL Husaini.
HAEL Husaini.
Sudirman Mohd Tahir


KOMPOSER lagu Anta Permana, Hael Husaini berpuas hati dengan nyanyian Bob Yusof pada minggu kedua peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung semalam.

Hael berkata, dia dan Ezra Kong yang juga pencipta bersama lagu itu membuat pilihan tepat bagi menggantikan penyanyi asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya bersama Ezra dan pihak Siti serta Universal Music merasakan Bob sudah buat yang terbaik. Dia juga sudah menyampaikan lagu ini dengan cara tersendiri. Sekarang, kami hanya mampu berdoa jika ada rezeki ke AJL34.

“Kami juga doakan yang terbaik untuk Bob dan seluruh pasukan Anta Permana. Alhamdulillah, harap semuanya suka dengan nyanyian Bob,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada Bob akan kekal sebagai penyanyi lagu itu sekiranya layak ke AJL34, Hael berkata pihaknya belum ada sebarang keputusan.

“Untuk itu, Insya Allah kalau rezeki masih belum pasti lagi. Lagipunkenyataan itu harus keluar daripada pihak Universal Music,” katanya.

Status penyanyi lagu Anta Permana mula menjadi persoalan peminat dan penggiat muzik tempatan selepas lagu itu dicalonkan pada Muzik Muzik 34.

Malah, persoalan kepada penyanyi lagu itu semakin bertiup kencang apabila ia layak ke peringkat separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 1:38 PM
Digital NSTP Subscribe