AYDA mahu sesuatu yang berbeza dan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak. FOTO Instagram Ayda Jebat
AYDA mahu sesuatu yang berbeza dan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak. FOTO Instagram Ayda Jebat


DEMI menjayakan watak Johanna dalam drama bersiri Bukan Gadis Biasa yang baru memulakan penggambaran semalam, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat nekad memotong rambut pendek.

Tampil dengan potongan rambut 'pixie cut', Ayda berkata, dia gembira dengan penampilan terbaharunya itu.

"Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini. Sebelum ini, saya pernah menggayakan rambut palsu, tapi kali ini mahu cabar diri selain tampil lain.

"Meskipun berambut pendek, saya tak rasa ia teruk sangat. Saya teruja dan gembira dengan penampilan baru ini," katanya.

Menurutnya, ketika dimaklumkan pihak produksi yang wataknya memerlukan dia berambut pendek, dia tidak berfikir panjang untuk berbuat demikian.

“Saya terus bersetuju dan bersedia dengan imej berambut pendek.

"Lagipun saya mahu sesuatu yang berbeza dan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 6:37 PM