CHACHA tidak mahu isu berbikini mengganggu tumpuan kerjayanya. FOTO Rosdan Wahid
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON dan adik kepada aktres Emma Maembong, Chacha, 23, enggan mengulas mengenai video tular di media sosial yang memaparkan dirinya berbikini.

Gambar itu tersebar selepas dia bersama temannya bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail menegaskan, dia tidak mahu isu itu mengganggu tumpuan kerjayanya.

“Lagipun saya kena jaga kakak, Emma yang sedang sakit. Saya tidak mahu isu itu mengganggu tumpuan.

“Saya tidak rasa untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu,” katanya sewaktu ditemui di program MeleTOP bagi mempromosikan filem Garang lakonannya di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum itu sewaktu ditemubual di program MeleTOP, Neelofa turut menanyakan perkara sama tetapi Chacha mengelak memberi sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa hari lalu muncul video dipercayai dimuat naik menerusi Instagram Story yang seterusnya tular di media sosial.

Penularan video itu menimbulkan rasa kurang senang warganet dan turut menerima kecaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 10:39 PM