HAFIZ memuat naik gambar majlis pertunangan mereka di Instagram miliknya.
Syanty Octavia Amry


PENERBIT filem Hafiz Rozlan yang juga tunang kepada Azar Azmi memuat naik gambar majlis pertunangan mereka di Instagram miliknya selepas pelakon itu berkongsi perkara sama.

Menerusi perkongsian itu, Hafiz yang juga duda dua anak mendedahkan walaupun sudah dua tahun tidak berhubung, siapa sangka mereka kini mengikat tali pertunangan.

"Pejam celik mata, sudah lima tahun berkenalan, turun naik dalam perhubungan dan selepas dua tahun tidak berhubung sekarang kita berada dalam fasa yang berbeza dan satu langkah lagi untuk pergi.

"Tidak ada apa yang mengubah awak, senyuman dan pandangan mata awak sentiasa menambat hati saya. Banyak lagi yang ingin saya katakan mengenai awak tetapi biarlah saya simpan saja untuk diri sendiri dan kita," tulisnya.

Terdahulu, Hafiz menolak dakwaan segelintir pihak bahawa Azar punca dia bercerai.

Tegas Hafiz, Azar tidak ada kena mengena dengan perceraiannya sebelum ini.

Azar dan Hafiz bertunang pada 1 Disember lalu dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Pasangan itu akan bertunang selama setahun dan majlis pernikahan dijangka berlangsung pada hujung tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 5:40 PM