DIANA Danielle. FOTO Mahzir Mat Isa
DIANA Danielle. FOTO Mahzir Mat Isa
Cik Pang

SEJAK kebelakangan ini pelbagai masalah melanda kehidupan pelakon cantik, Datin Diana Danielle. Tidak hanya mengenai dirinya malah masalah membabitkan suaminya yang juga pelakon, Datuk Farid Kamil terpalit pada dirinya.

Jika dilihat masalah melanda bukanlah kecil dan bagi yang tidak mampu mengawal diri mungkin tidak boleh melakukan apa-apa kerja.

Tetapi Cik Pang tabik pada Diana, walau sebesar mana pun masalah, dia tetap melakukan kerja dan meneruskan kehidupan membesarkan dua anaknya seperti biasa.

Dengarnya jika ada majlis pelancaran drama atau program, Diana akan datang memberikan kerjasama walaupun dia tahu ada ramai media di majlis berkenaan ingin mendapatkan kenyataannya mengenai sesuatu masalah yang berlaku.

Wartawan pun masih tahu etika kerja dan jika Diana tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai isu yang diutarakan, kami akur dan tidak akan memaksa. Apa yang penting dia fokus dalam memberikan komitmen terhadap kerjanya waktu itu.

Jarang dapat kita lihat artis bersikap seperti Diana, biasanya apabila ada masalah timbul artis berkenaan akan tenggelam dan tidak dapat dikesan. Ibaratnya lari daripada masalah dan enggan berdepan dengan media.

Cik Pang harap kepada artis lain belajarlah lebih bertanggungjawab terhadap isu yang anda sendiri cipta. Kalau tak nak komen jawab saja ‘no komen’, kan senang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:31 AM