X
FILEM

APA yang boleh diperkatakan mengenai filem ini adalah jangan membuat penilaian dahulu sebelum menontonnya.

Filem Busut Bonang ini sangat menghiburkan kerana memiliki kekuatan jalan cerita tersendiri yang dekat dengan masyarakat.

Sebaik 10 minit pertama menonton filem ini, penonton sudah terhibur kerana pergerakan naratifnya yang agak pantas.

Lakonan dan dialog bersahaja dipersembahkan pelakon membuatkan anda sebagai penonton akan berasa dekat dengan jalan ceritanya.

Kisah filem Busut Bonang ini dapat mengembalikan nostalgia ketika berada di kampung.

Persekitaran masyarakat kampung yang rapat di antara satu sama lain bagaikan satu keluarga.

Namun, terus-terang dikatakan jangan menolak mentah-mentah untuk menonton filem Busut Bonang ini hanya kerana melihat poster, judul dan barisan pelakon.

Tak dinafikan poster berkonsep karikatur ini kurang sesuai begitu juga judul filem yang mungkin menjadi tanda tanya.

Mungkin persepsi awal penonton akan mendakwa filem ini bertaraf suka-suka tetapi yang pasti kena tonton dahulu.

Sepanjang menonton filem ini, tidak sedar masa berlalu kerana sarat dengan komedi.

Lebih menarik, ia mengangkat semula peribahasa Melayu yang sangat indah dan memiliki maksud mendalam.

Secara tidak langsung, generasi masa kini dapat memahami maksud sesuatu peribahasa Melayu yang mungkin kebanyakannya mampu disebut tetapi pengertiannya kurang difahami.

Filem Busut Bonang berkualiti dan perlu ditonton meskipun dihasilkan dalam bajet sederhana oleh pengarahnya, Khalid Nadzri.

FILEM: Busut Bonang

ARAHAN: Khalid Nadzri

PELAKON: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Sahronizam Noor, Rashidah Jaafar, Hairi safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah @ Bard dan Ropie

GENRE: Seram komedi

TAYANGAN: 19 Disember 2019

ULASAN: Norhayati Nordin

CARTA FILEM

1. Jumanji: The Next Level

2. Ejen Ali: The Movie

3. Frozen 2

4. Wira

5. Knives Out

6. Last Christmas

7. Iruttu

8. Enai Noki Paayum Thota

9. Pusaka

10. Patients Of A Saint

END

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 5:05 AM