Andi Bernadee (dua dari kiri) dan Baby Shimah mencuba Popsical Remix bersama pengasas Popsical, Umar Marican Dan Faruq Marican di acara pembukaan kedai Popsical di Mid Valley Megamall. FOTO NSTP
HM Digital

KECIL, ringkas dan sentiasa dikemaskinikan dengan lagu terbaharu.

Itu kelebihan sistem peranti karaoke mudah alih Popsical yang kini memperkenalkan Popsical Remix berserta kemudahan dua mikrofon di dalam satu set.

Sistem ini diiktiraf sebagai Sistem Karaoke Terbaik 2018/2019 oleh Anugerah Asia Tech kerana ia merevolusikan pengalaman karaoke secara keseluruhan.

Sistem berasaskan awanan (cloud) ini menawarkan senarai lagu yang menyeluruh dengan lebih daripada 220,000 lagu di dalam 14 bahasa selain turut sentiasa dikemaskinikan dengan banyak lagu terbaharu melalui WiFi.

Sistem ini juga senang dikawal dengan aplikasi telefon pintar Popsical Karaoke sama ada sistem iOS mahupun Android yang membolehkan pengguna memilih lagu, mengawal kenyaringan suara, gema, menyimpan senarai lagu kesukaan dan boleh digunakan untuk membuat permintaan lagu baharu.

Lebih istimewa, ia turut mempunyai Digital Signal Processor (DSP) untuk menambah baik kualiti suara supaya pengguna dapat menyanyi seperti penyanyi kegemaran mereka.

Selain itu, ia juga membolehkan suara pengguna berubah menjadi seperti chipmunk, robot, raksasa dan banyak lagi suara yang lucu serta menarik.

Menerusi setiap pembelian Popsical Remix, pengguna dibekalkan dengan dua mikrofon tanpa wayar supaya dapat menyanyi dan berhibur bersama keluarga dengan lebih mudah.

Untuk mentransformasikan ruang tamu kepada pentas karaoke tersendiri, pengguna hanya perlu menyambung alat Popsical Remix itu kepada set TV dengan kabel HDMI dan speaker tersendiri dengan kabel AUX.

Popsical Remix dijual pada harga RM1,499, tetapi kini ditawarkan dengan harga promosi RM1,199 jika gunakan promo kod POPMETRO di www.popsical.com.

Ia juga boleh didapatkan melalui empat bayaran ansuran tanpa cukai sebanyak RM299.75.

Layari www.popsical.com atau cuba sendiri set ini di kedai fizikalnya di Lot T-013E, tingkat tiga, Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur dan IOI City Mall, Putrajaya di L1-74.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 5:15 AM