PETIKAN gambar dari Instagram Alif dan Bella. FOTO Instagram Alif Aziz dan Bella Astillah
PETIKAN gambar dari Instagram Alif dan Bella. FOTO Instagram Alif Aziz dan Bella Astillah
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


PELAKON Bella Astillah, 26, dan bekas suaminya, Aliff Aziz, 29, mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik foto bersama di Insta Story, semalam.

Berdasarkan pemerhatian di Instagram Bella, dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu.

Menguatkan lagi spekulasi itu adalah Aliff turut memuat naik swafoto dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya dengan bentuk pakaian dan warna yang sama.

Kedua-dua foto terbabit menarik perhatian warganet yang beranggapan mereka sudah kembali bersama.

Setakat ini, Aliff sudah memadam foto terbabit dengan mengosongkan Instagram miliknya.

Selain foto, Bella juga memuat naik hantaran ibu Aliff iaitu Fiza Aziz mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Mutiara kata itu berhubung nasihat jangan mengulangi kesilapan lalu, masa lampau adalah cerminan masa kini selain saranan menjadi manusia lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia seolah-olah menggambarkan mengenai hubungan Bella dan Aliff yang kembali jernih.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Bella tidak berjaya apabila dia tidak membalas kiriman WhatsApp dan panggilan telefon.

Sebelum ini, pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh itu menerima kecaman warganet sebaik membuat siaran langsung di Instagram Live bersama Aliff yang menyifatkannya mahu meraih perhatian.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurnikan anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas terbongkar kecurangan penyanyi dan pelakon dari Singapura itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 3:06 PM