OGY kini bergelar YouTuber menerusi saluran YouTube miliknya, Ogy TV.FOTO Asyraf Hamzah
OGY kini bergelar YouTuber menerusi saluran YouTube miliknya, Ogy TV.FOTO Asyraf Hamzah
Syafil Syazwan Jefri

SENIWATI, Fauziah Ahmad Daud mengikuti perkembangan teknologi dan kini bergelar YouTuber menerusi saluran YouTube miliknya, Ogy TV.

Menurut Fauziah yang lebih mesra disapa sebagai Ogy, kewujudan saluran YouTube itu adalah untuk mengembangkan legasi seni sepanjang hampir lima dekad bergelar anak seni.

"Saya buka saluran YouTube itu bukanlah untuk menjana pendapatan, sebaliknya untuk mengembangkan legasi seni saya kepada generasi baru.

"Saya mahu mereka faham sekaligus saya boleh berkongsi pengalaman sepanjang bergelar anak seni," katanya kepada Harian Metro.

Ogy berkata, setiap maklumat yang disalurkan dalam Ogy TV adalah sebagai platform untuk generasi baru menimba ilmu.

"Setiap yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi, bagi mereka yang ingin melangkah masuk ke dalam industri, boleh menjadikannya sebagai persiapan," katanya.

Saluran YouTube itu mula dibuka secara rasmi sejak 25 Januari tahun lalu dan sudah mencecah lebih 18,400 pelanggan dengan jumlah 1.7 juta tontonan bagi kesemua video yang dimatnaik.

Terbaru, Ogy bertindak sebagai penganjur dan Penerbit Eksekutif Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia menerusi syarikat, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd.

Konsertyang menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar itu bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Mac depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 3:43 PM