SITI menjadi rakyat Malaysia pertama miliki 7 juta pengikut di Instagram. FOTO Instagram Siti Nurhaliza
SITI menjadi rakyat Malaysia pertama miliki 7 juta pengikut di Instagram. FOTO Instagram Siti Nurhaliza
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memiliki 7 juta ‘followers’ atau pengikut di Instagram @ctdk sejak semalam.

Walaupun sudah melebihi 20 tahun pembabitan dalam kerjaya seni, Siti masih mengekalkan pengaruhnya untuk terus diminati.

“Alhamdulillah, terima kasih ‘followers’ kesayangan saya. Saya gembira mendapat tahu perkara ini. Ia bermakna peminat sayangkan saya dan sentiasa mahu mengambil tahu perkembangan diri.

“Akaun Instagram @ctdk seperti ‘one stop centre’ untuk saya memuat naik berita mengenai kerjaya seni, perniagaan, kehidupan peribadi dan keluarga serta hobi saya.

“Saya juga mahu menjadikan Instagram ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat kepada pengikut,” katanya.

Siti yang sedang bercuti bersama keluarga di Australia tidak melepaskan peluang berkongsi setiap masa sepanjang di sana bagi tatapan peminat.

Gelagat anak perempuannya, Siti Aafiyah antara yang menarik perhatian peminat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 3:10 PM