SAM Bunkface pada Sidang Media Riot Fest di Panggung Asia. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI.
SAM Bunkface pada Sidang Media Riot Fest di Panggung Asia. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI.
Norhayati Nordin


TEMPOH setahun menduda cukup buat vokalis Bunkface, Sam, 32, bertemu pengganti.

Sebelum ini, Sam yang mengaku dia dalam proses mengenal hati budi seorang wanita, sekarang bukan rahsia lagi.

Sam ditemui pada sidang media Riot Fest di Panggung Asia, Setor Gombak hadir ditemani wanita terbabit yang didakwa teman rapatnya dikenali Eifa, 25.

“Memang dialah wanita yang dimaksudkan itu. Namun, apa yang boleh saya kata setakat ini hubungan kami adalah teman rapat.

“Kami sudah berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan dia (Eifa) diperkenalkan oleh rakan saya yang juga pengurus Bunkface, Farriz.

“Untuk bercerita lanjut status hubungan kami, masih terlalu awal dan saya mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.

Ditanya ciri-ciri wanita itu yang berjaya menambat hatinya, Sam enggan mengulas.

Malah, apabila ditanya mengenai kerjaya wanita berkenaan, Sam berkata teman wanitanya itu tidak bekerja dan bukan orang dalam industri.

Mengulas juga, bila akan menamatkan zaman dudanya, Sam berkata jika ada rezeki dan semuanya di atas ketentuan Allah.

Terdahulu, Sam yang juga abang pelakon Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida Azira Hussin pada 25 April 2012 dan mereka sah bercerai sekitar Januari, tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia empat tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 9:19 PM
Digital NSTP Subscribe