Agensi

PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta Selatan, Indonesia.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, kali terakhir Allahyarham datang ke situ dua bulan lalu.

ASHRAF bersama keluarganya. FOTO Instagram BCL
ASHRAF bersama keluarganya. FOTO Instagram BCL

“Dia kerap datang ke situ. Setiap kali datang, dia akan memberi sumbangan kepada kami.

“Kali terakhir dia datang ialah dua bulan lalu. Ketika itu dia nampak sihat,” katanya.

Ahmad Habib berkata, pemergian Ashraf pasti membuatkan anak-anak yatim di situ merasai kehilangannya.

“Mereka tak percaya dia sudah pergi. Ia terlalu cepat. Ashraf sangat baik hati dan kerap bertegur sapa. Kami merasa sangat kehilangan apabila mendapat berita ini,” katanya.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • 'Miss you guys so much'

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 2:50 PM