AMAR menasihati semua lelaki supaya sentiasa melakukan perbincangan dengan isteri. FOTO NSTP
AMAR menasihati semua lelaki supaya sentiasa melakukan perbincangan dengan isteri. FOTO NSTP
Syafil Syazwan Jefri


"KEHIDUPAN saya seperti biasa. Alhamdulillah, saya okay saja. Dari dulu sampai sekarang, orang (isteri) yang sama. Hanya ada seorang isteri dari dulu sampai sekarang," kata pelakon Amar Asyraf.

Bagaimanapun, Amar ketika ditanya mengenai berita perceraiannya dengan bekas isteri kedua, Vivi Jeffry yang didakwa diceraikan dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu enggan mengulas mengenainya.

Amar ketika ditemui di tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda berkata, kini dia hanya ada seorang isteri iaitu Arna Salleh yang dikahwininya sejak 7 Jun 2013.

Ditanya sama ada imej dan kehidupannya berubah atau tidak selepas insiden membabitkan rumah tangganya, Amar berkata, Arna sentiasa tahu apa saja tindakannya.

"Saya minta izin dan bukan minta maaf. Sejak dari dulu lagi Arna okay. Dia lebih tahu dan tak pernah meragui tindakan saya. Saya pun ada salah saya, tapi isteri berpesan supaya tidak bercakap apa-apa kerana tak mahu memanjangkan lagi isu ini," katanya.

Amar juga mengakui menerima kecaman hebat di media sosial.

"Ramai yang menghentam saya dan ia boleh dikatakan sebagai buli siber. Apa yang berlaku adalah hal peribadi saya," katanya.

Ditanya mengenai pengajaran yang diambil daripada situasi yang berlaku, Amar menasihati semua lelaki supaya sentiasa melakukan perbincangan dengan isteri.

"Berbincanglah dengan isteri walau apa pun yang berlaku," katanya.

Amar membintangi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda arahan Bade Haji Azmi dan memegang peranan sebagai Nadim.

Selain Amar, filem yang akan ditayangkan pada 27 Februari itu turut dibintangi Nadia Brian, Fauziah Nawi, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 5:29 PM
Digital NSTP Subscribe