Wanku Intan Syarafana Rosman (dua dari kiri) bersama keluarganya. FOTO Instagram Dayangku Intan
Wanku Intan Syarafana Rosman (dua dari kiri) bersama keluarganya. FOTO Instagram Dayangku Intan
Ridzuan Abdul Rahman


ANAK perempuan tunggal penyanyi era 1980-an, Dayangku Intan, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23, disahkan meninggal dunia 6 pagi, hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan suaminya, Rosman Yahil menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.

"Assalamualaikum. Saya Rosman Yahil beserta isteri Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, ingin memaklumkan bahawa anak perempuan kesayangan kami iaitu Wanku intan Syarafana Rosman telah pulang ke rahmatullah pada 6 pagi hari ini.

"Insya-Allah, jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara," katanya.

Wanku Intan Syarafana yang juga anak ketiga pasangan itu dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.

Sepanjang hayat, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Wanku Intan menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang, awal Februari lalu.

Dayang dan suaminya mempunyai empat anak dan seorang cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 10:00 AM
Digital NSTP Subscribe