Aeril Zafrel dan Wawa Zainal batalkan percutian ke Eropah. FOTO NSTP
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal batalkan percutian ke Eropah. FOTO NSTP
Najiy Jefri


BERIKUTAN penularan wabak Covid-19, pelakon Aeril Zafrel kerugian hampir RM150,000 apabila tempahan percutian ke Eropah bersama isterinya Wawa Zainal terpaksa dibatalkan.

Aeril berkata, mereka sepatutnya berlepas ke sana Ahad ini, tetapi pihak agensi pelancongan memaklumkan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh lain dan mereka tidak boleh mendapat pulangan wang.

“Tidak penerbangan tak boleh ditunda dan wang tempahan boleh dikatakan ‘hangus’. Bagaimanapun, saya sudah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak agensi supaya ada jalan penyelesaian terbaik memandangkan musibah ini berlaku hampir di seluruh dunia.

"Kalau mengikut kata agensi, wang itu bakal 'hangus' tapi saya tetap berharap ada berita baik yang bakal disampaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril, Wawa serta beberapa rakan mereka akan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Switzerland dan Belgium.

Aeril berkata, mereka memilih untuk membatalkan percutian itu kerana penularan wabak itu semakin berbahaya.

"Saya tidak mahu ambil risiko. Tambahan pula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengklasifikasikan Covid-19 sebagai pandemik. Ia turut memberi amaran penularan global wabak itu amat membimbangkan. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 5:14 PM