A AIDA. FOTO IHSA IG A AIDA
A AIDA. FOTO IHSA IG A AIDA
Sudirman Mohd Tahir


PENERBIT terkenal, Datuk A Aida tetap membayar gaji kakitangan dan tenaga produksi yang bekerja dengan syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd.

A Aida berkata, walaupun semua penggambaran ditunda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia perlu bertanggungjawab.

“Kalau ikutkan dalam keadaan sekarang, penebit antara yang paling terkesan sebab semua projek terpaksa ditunda. Fikir macam mana nak bayar gaji.

“Tapi, saya tidak boleh pentingkan diri. Saya ada 61 kakitangan dan tenaga produksi. Mereka semua ini pekerja tetap dalam syarikat saya. Jadi, apa pun yang berlaku gaji tetap perlu dibayar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, dia turut menyambut baik usaha daripada beberapa persatuan kreatif tempatan yang ingin membantu pekerja belakang tabir.

“Macam artis dan penggiat seni lain termasuk tenaga kerja belakang tabir ada persatuan yang sudi membantu. Bagi saya, mana yang betul-betul memerlukan itu memang patut dibantu.

“Saya sokong usaha persatuan dan berharap, perkara ini dapat meringankan beban semua pihak. Sebaiknya, berhenti menuding jari kepada pihak tertentu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 8:59 PM