X
PELAKON, Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik. FOTO Eizairi Shamsudin
PELAKON, Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik. FOTO Eizairi Shamsudin
Sudirman Mohd Tahir

 

 PELAKON popular Datuk Aaron Aziz melalui pertubuhan kebajikan yang diasaskan, Journey To Insyirah berjaya membantu hampir 1,000 individu dan keluarga yang memerlukan dengan anggaran RM50,000 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Aaron berkata, sumbangan diberikan itu membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, sejak pertubuhan ini beroperasi dua tahun lalu, banyak dana masuk daripada orang perseorangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, apabila wabak Covid-19 melanda negara dan PKP dilaksanakan, semakin ramai yang menghantar mesej termasuk kepada isteri saya bagi meminta bantuan. Jadi, dengan sumbangan yang ada kami perlu salurkan.

“Itu semua adalah amanah daripada penyumbang dana. Saya perlu tunaikan. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan pada masa sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

FOTO Ihsan Instagram Aaron Aziz
FOTO Ihsan Instagram Aaron Aziz

Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster berkata, ketika ini sumbangan terarah pula kepada susu dan lampin pakai buang.

“Sebelum ini, banyak sumbangan diberikan berupa barangan keperluan harian. Sekarang, ramai pula minta susu dan lampin pakai buang.

“Selepas ini nak fokus kepada pembelian ubat-ubatan pula. Sebab, ada juga yang mesej memerlukan perkara itu,” katanya.

Untuk rekod, pertubuhan itu sebelum ini membantu menyediakan tempat tinggal, membelikan van dan kelengkapan air bersih kepada sebuah pusat tahfiz di Langkawi, Kedah.

Pertubuhan itu diasaskan Aaron bersama isteri, Datin Dayana Halik dan seorang lagi rakan mereka, Ustazah Khadijah

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

     

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 6:06 PM