NABILA Razali. FOTO NSTP
NABILA Razali. FOTO NSTP
Georgie Joseph

 

SELEPAS video nyanyian secara langsung yang terkucil tular pada sebuah program baru-baru ini, akaun media sosial penyanyi, Nabila Razali dihujani komen kata-kata semangat daripada peminat.

Ramai menyifatkan penyanyi yang mempersembahkan lagu Peluang Kedua itu sudah memberikan persembahan yang terbaik dan menasihatkannya untuk tidak putus asa perbaiki diri.

"Apa yang saya nampak, dia cuba untuk sampaikan yang terbaik tapi ada sedikit kesilapan di situ tapi ada sebab mungkin dia tak sihat.

"Ariana Grande yang sakit tekak sikit pun dia sanggup batal konsert atas nasihat doktor. Kita kena hargai ini. Saya sangat bangga dengannya," kata pemilik akaun Twitter bernama Nur Nilam Sari.

Seorang peminat menggunakan akaun The Borneo Guy pula menyifatkan Nabila mungkin terlalu memikirkan nyanyiannya memandangkan itu kali pertama dia menyanyikan lagu itu secara langsung.

"Lagu itu pertama kali dia bawa secara langsung. Rasa gementar itu pasti ada, sebab itu dia tak berhenti berlatih di belakang pentas.

"Aku rasa mungkin dia terlalu berlatih dan memikirkan teknik sampai dia terkucil. Sebab lagu Peluang Kedua ini bukan main mencabar teknik dia," katanya.

Terdahulu, persembahan nyanyian Nabil Razali yang terkucil sewaktu menjayakan program Meletop Mega Raya Ria serta-merta menjadi perbualan warganet. Rata-rata mempertikaikan kemampuan nyanyiannya.

  Bagaimanapun, Nabila dan pengurus gagal dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut berkenaan insiden itu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 5:01 PM