NADIA Parkes (kiri) dan Tom Holland.
NADIA Parkes (kiri) dan Tom Holland.
Agensi

PELAKON filem Spider-Man, Tom Holland kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon Nadia Parkes, 24, dan tinggal bersama di kediamannya di London.

Tom yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 semalam, didakwa sudah berpacaran secara rasmi dengan Nadia lebih tiga bulan lalu.

Menurut sumber dekat dengan pasangan itu, hubungan dijalin masih dalam peringkat awal tetapi mereka makin rapat sejak tinggal bersama.

"Keputusan tinggal bersama di London sejak perintah berkurung dilaksana berikutan penularan Covid-19 adalah keputusan tepat untuk mengeratkan percintaan mereka. Setakat ini, semua berjalan lancar. 

"Tom juga ada memberitahu keluarga dan rakan rapatnya yang dia dan Nadia tinggal bersama. Malah, tindakan itu dilihat menjadikan percintaan mereka lebih kuat," katanya. 

Di kediaman Tom, pasangan ini turut tinggal serumah dengan adik lelaki Tom iaitu Harry, 21 dan rakannya, Harrison Osterfield, 23. 

Nadia yang juga aktif dalam lakonan, cukup dikenali dengan siri TV seperti Doctor Who dan The Spanish Princess. Dia juga adalah rakan baik pelakon Game of Thrones, Sophie Turner, 24. 

Dipercayai Tom dan Nadia diperkenalkan oleh Sophie pada tahun lalu. Bagaimanapun, Tom mengesahkan dia sudah berpisah dengan bekas kekasih, Olivia Bolton pada April lalu selepas sembilan bulan mereka bercinta.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 8:41 AM