KAJOL Devgan.
KAJOL Devgan.
Agensi

PELAKON Bollywood popular, Kajol Devgan, 46, ternyata bijak dan memiliki cara tersendiri untuk dikongsi sebagai interaksi hiburan kepada pengikutnya di media sosial.

   Baru-baru ini, Kajol berkongsi beberapa foto lucu di Instgram Story yang menunjukkan aktiviti dilakukan 'virus lain' pada ketika seluruh dunia kini sibuk berusaha memerangi pendamik Covid-19.

  Perkongsian gurauan dilakukan isteri kesayangan pelakon Ajay Devgan itu berjaya mencuit hati ramai pengikutnya yang menganggap Kajol memiliki sisi peribadi melucukan dan kelakar.

  Selain itu, Kajol juga dipuji kebanyakan pengikut media sosial yang kagum dengan pendekatan diguna pakainya untuk berinteraksi dengan peminat, iaitu dia banyak berkongsi mengenai rutin hariannya ketika melalui perintah kuarantin diri di rumah.

  Baru-baru ini di Instagram, Kajol berkongsi foto terbalik dirinya sambil memikirkan apakah ada cara yang tepat untuk dia berswafoto.  Dengan kapsyen ringkas, ditulis, "Selfie (swafoto) terbalik dalam dunia terbalik! Apakah ada cara yang tepat untuk selfie? Atau adakah itu sendiri .... hmmmm. Itu adalah pemikiran! 

  Disertakan dengan beberapa tanda pagar seperti #selfcare #self love #allpaths #nojudgement , perkongsian foto itu mendapat lebih 350,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

  Malah, lebih 2,900 komen ditinggalkan kebanyakan warganet pada hantaran foto itu menyokong tindakan positif Kajol yang secara jelas menunjukkan dia menjalani kehidupan yang bahagia dan ceria di sisi suami, anak dan keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 11:23 AM