SALMAN Khan. FOTO ihsan IG
SALMAN Khan. FOTO ihsan IG
Agensi

 

PELKON terkenal Bollywood, Salman Khan bersikap terbuka berkongsi perasaan gembiranya melihat kebahagiaan rumah tangga dikecap pasangan sejoli, Aishwarya Rai Bachchan dan Abhishek Bachchan.

Salman, 55, pernah menjalin percintaan dengan Aishwarya selama beberapa tahun pada akhir 1990-an, sebelum hubungan itu putus secara rasmi pada 2002.

Dalam temubualnya kepada media di India baru-baru ini, Salman berkata dia gembira melihat perkahwinan Aishwarya dan Abhishek yang dibina pada 2007, Bahagia hingga kini.

"Saya gembira melihat dia (Aishwarya) dapat berkahwin dengan lelaki yang baik dan memiliki keluarga bahagia.  Abhishek datang daripada keluarga dihormati dan sangat baik.

"Kebahagian mereka kini dieratkan dengan kehadiran seorang cahaya mata. Saya mendoakan mereka menjadi pasangan yang terus bahagia," katanya.

Aktor bertubuh sasa dan dikagumi ramai itu juga berharap dia akan menemui kebahagiaan dalam hidupnya. Ujarnya, dia juga mengimpikan hidup Bahagia dengan insan dicintai.

FOTO ihsan IG Aishwarya Rai
FOTO ihsan IG Aishwarya Rai

Salman yang sering dikaitkan dengan gosip cinta bersama pelakon wanita jelita Bollywood, kali ini dilapor menjalin hubungan istimewa dengan model yang juga personaliti TV kelahiran Romania dikenali Iulia Vantur.

Tidak berbicara peribadinya, Salman berkata kini dia mengumpul semangat untuk menjalankan semula penggambaran filem baharunya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai.

Menurut Salman lagi, dia masih ada baki penggambaran filem itu yang perlu disiapkan segera apabila ditangguh seketika akibat kemunculan pandemik Covid-19 yang tak dijangka.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 11:10 AM