AJAK Shiro atau nama sebenar, Mohd Hanaffi Razak. FOTO Munira Abdul Ghani
AJAK Shiro atau nama sebenar, Mohd Hanaffi Razak. FOTO Munira Abdul Ghani
Syafil Syazwan Jefri


PELAWAK dan penyampai radio popular, Ajak Shiro berkongsi muat naik mencuit hati di Instagram apabila menerima mesej daripada pengikutnya yang meminta dia berkongsi gambar kemaluannya.

Dalam hantaran itu, Ajak menulis kapsyen ringkas mengenai sikap 'sopan' individu itu.

"Sopan je dia mintak. Alu tite (malu kita)," tulisnya ringkas disertakan dengan emoji lucu.

Hantaran itu menerima lebih 36,000 tanda suka dan lebih 1,600 komen daripada warganet yang rata-ratanya menganggap itu sebagai lucu dan mencuit hati.

Bagaimanapun, Ajak tidak menyiarkan nama individu yang menghantar mesej peribadi kepadanya itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan komen Ajak mengenai perkara itu tidak berjaya apabila Ajak tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 2:14 PM