Mimi Lana.
Mimi Lana.


PELAKON Mimi Lana mengakui masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle walaupun hubungan cinta mereka sudah putus sejak sebulan lalu.

Mimi berkata, dia dan Syafiq akan terus bersikap profesional dalam kerjaya.

"Tak semestinya kalau sudah putus kena gaduh. Lagipun kami sudah berkawan dan hubungan kami sudah berlangsung lima tahun. Apa yang terjadi saya anggap tiada jodoh. Ia lebih kepada tiada persefahaman," katanya.

Menurut Mimi, dia reda dengan apa yang berlaku dan masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri.

"Kami masih boleh bekerjasama dan bersikap profesional. Tiada apa yang menghalang. Kehidupan perlu diteruskan saya reda. Paling penting sekarang saya kena fokus pada diri sendiri, kerjaya dan perkara lain.

"Mungkin dalam waktu terdekat bukan masa sesuai untuk saya berfikir soal hubungan baru. Biarlah masa menentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana," katanya.

Terdahulu, Mimi mengesahkan sudah putus cinta dengan Syafiq sejak sebulan lalu selepas lima tahun bercinta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 5:02 PM