SITI Badriah. FOTO IG
SITI Badriah. FOTO IG
Agensi

PENYANYI lagu Lagi Syantik, Siti Badriah lebih selesa memilih kehidupan sederhana dan jauh dari kesibukan kota meskipun dia kini berstatus selebriti popular.

Siti Badriah atau mesra disapa Sibad, 29,  adalah pencinta alam semulajadi apabila sudah membina rumah buat keluarganya di kampung dengan lokasi pilihannya di tengah sawah padi.

Menurut bapanya dikenali Muhammad Husni, memang menjadi impian Siti Badriah mahu membina rumah lebih baik untuk didiami keluarga yang sederhana di tengah sawah.

"Kami berdua ada citarasa impian rumah yang sama. Cukup sekadar sederhana saiznya tetapi persekitaran mesti indah dan dekat dengan pemandangan alam semula jadi.

"Apabila Siti Badriah meluahkan impian untuk membina rumah, saya sudah tahu bagaimana keinginannya. Dia seorang yang selesa bersederhana," katanya.

Bersyukur dengan kejayaan anaknya, Muhammad Husni berkata dia sangat gembira apabila Siti Badriah sudah melunaskan janji untuk menyiapkan rumah buat keluarga.

Siti Badriah sudah bernikah dengan pelakon dikenali Krisjiana Baharudin, 26, yang tiga tahun lebih muda daripadanya pada 25 Julai tahun lalu.

Kejayaan diperoleh Siti Badriah melalui lagu Lagi Syantik menjadi fenomena apabila muzik videonya mencatat 590 juta tontonan di YouTube sejak di muat naik pada Mac 2018 lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 9:27 AM