VIA Vallen.. FOTO ihsan IG
VIA Vallen.. FOTO ihsan IG
Agensi

 

PENYANYI dangdut Indonesia, Via Vallen dipersalahkan menjadi punca beberapa jirannya 'direhatkan' seketika dari kerja selepas perkongsiann di media sosial mengenai adik perempuannya yang positif Covid-19.

   Via, 29, mengaku dia sedih dengan nasib menimpa jirannnya yang diminta kuarantin diri di rumah selama 14 hari hanya kerana mereka tinggal berdekatan di kawasan perumahan sama.

  "Saya tidak menyangka tindakan dilakukan tempat kerja jiran berkenaan sejauh ini. Saya membuat 'posting' (hantaran) mengenai adik, untuk perkongsian.

  "Mohon maaf kepada jiran itu di atas apa yang berlaku. Saya sangat terkejut kerana hantaranku di media sosial tanpa sengaja  memberi impak kepada orang lain," katanya.

   Dilaporkan Via berasa sangat bersalah apabila mengetahui jirannya tidak dapat bekerja seperti biasa gara-gara perkongsian hantaran dibuatnya itu.

  Menurut Via, adiknya disahkan positif Covid-19 sebulan lalu dan dia terpanggil untuk membuat perkongsian hantaran berkenaan di media sosial pada hujung Mei.

  Menyelar tindakan dilakukan majikan tempat jirannya bekerja, Via berkata seharusnya pihak terbabit itu menyelidik dengan teliti dahulu sebelum mengeluarkan arahan kuarantin.

   Di Indonesia, peningkatan kes jangiktan Covid-19 yang meningkat setiap hari membuatkan orang ramai semakin peka berkaitan bahaya pandemik yang menular di serata dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 11:11 AM