DATUK Jurey Latiff Rosli. FOTO Malai Rosmah Tuah
DATUK Jurey Latiff Rosli. FOTO Malai Rosmah Tuah
Sudirman Mohd Tahir

 

PERSATUAN Penerbit TV Malaysia (PTVM) memandang serius penyebaran berita palsu atau maklumat tidak tepat mengenai RTM dan Ketua Pengarah (KP) RTM seperti yang disiarkan di sebuah laman berita dalam talian, kelmarin.

Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, laporan itu menjejaskan kredibiliti RTM dan Ketua Pengarah apatah lagi ia mudah dipercayai oleh pembaca.

"Pada hemah kami apa yang ditulis itu adalah salah faham atau kekecewaan orang tertentu yang gagal mendapat projek 'syndication'.

"Setakat ini kami di PTVM sangat berpuas hati dengan proses 'pitching' yang dijalankan oleh RTM. Semua ahli mendapat peluang yang sama rata dan kertas kerja terbaik yang akan diangkat," katanya.

Jurey dalam kenyataan yang dikeluarkan juga berkata, kertas kerja yang diluluskan itu melalui banyak peringkat. 

"Sebelum kertas kerja itu diluluskan, banyak peringkat dan syarat yang perlu dilalui serta dipatuhi. Begitu juga untuk 'syndication'. Walaupun sesuatu tajuk itu mendapat IMDB

'rating' melebihi 7 atau 8, cerita itu mungkin tidak sesuai ditayangkan di negara kita atas pelbagai sebab misalnya terlalu lucah, ganas atau sebagainya yang tidak sesuai ditayangkan di stesen RTM.

"Kami yakin dan percaya, RTM sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti untuk saringan samada tempatan atau pun untuk 'syndication'. Justeru, kami ingin menasihatkan kepada sesiapa saja, jangan berprasangka buruk kepada RTM umumnya atau KP RTM khasnya. 

"Sekiranya ada salah laku, penyelewangan dengan bukti sila laporkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu, sebuah laman berita dalam talian menyiarkan artikel bertajuk KP Penyiaran pilih kasih bahan penerbitan? yang mana pada laporan itu memaparkan bangunan RTM.

Dalam laporan itu mendakwa Ketua Pengarah dan Pengarah Strategik Pembangunan dari stesen TV itu meancang hanya memilih bahan daripada syarikat produksi yang ada kaitan dengan mereka.

 

#kw PTVM, Jurey Latiff Rosli

#loc Kuala Lumpur

 

End

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 10:50 AM