HANA bersama anak-anaknya.
HANA bersama anak-anaknya.
Norhayati Nordin


BEKAS isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu iaitu Hana Azraa ada alasan tersendiri kenapa dia mendedahkan perihal peribadi penceramah berkenaan yang sudah rujuk dengan isterinya, Ain Afini.

Hana ketika dihubungi berkata, dia sudah penat asyik berhadapan isu berkaitan Abu. Pendedahan yang dibuat baru-baru ini supaya netizen faham dengan situasi sebenar.

"Saya tak nak ulas lagi hal mereka. Cukuplah dengan apa yang didedahkan baru- baru ini. Saya harap netizen faham dan tidak akan kaitkan saya dengan Abu lagi, kecuali urusan anak sahaja.

"Apapun, saya turut kecewa apabila ada sesetengah media masih lagi nak putar-putar cerita itu dan mereka langsung tak nak beriitahu pun sebab kenapa saya dedahkannya," katanya.

Hana yang menetap bersama ibu bapanya di Kedah kini sibuk mengurus semula perniagaan kosmetik diusahakan. Fokusnya sekarang ialah kepada perniagaan dan anak.

"Saya sudah mulakan hidup baru dengan anak-anak. Hubungan baik bersama bekas suami pun di atas urusan anak sahaja. Jadi, janganlah terus kaitkan kami lagi.

 "Hingga kini, apa sahaja kaitan cerita dengan Abu, pasti saya dan anak dikecam. Sebagai ibu, saya sedih apabila anak turut dikecam karana dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa," katanya.

Pada Ahad lalu, menerusi hantaran perkongsian di media sosialnya, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir mendedahkan bekas suaminya, Abu sudah rujuk dengan Ain Afini selepas dua minggu mereka bernikah.

Hana yang bernikah dengan Abu pada Mei tahun lalu dikurniakan anak lelaki, Muhammad Uwais Al- Mateen yang kini berusia empat bulan.

Hana dan Abu sah bercerai pada April lalu. Selain Mateen, Hana juga memiliki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 4, hasil perkahwinan pertamanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 7:50 PM