Farah Nabilah bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Farah Nabilah bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Najiy Jefri


"TENGOK ayam pasti rasa nak muntah," kata pelakon Farah Nabilah, 28, menceritakan pengalamannya di awal kehamilan apabila mengalami alahan teruk.

Farah yang berkahwin dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu kini hamil lima bulan.

 

"Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu. Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja," katanya.

Farah berkata, dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.

"Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu," katanya.

Farah berkata, dia dan suami Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.

"Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.

"Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 5:20 PM