FILEM The SpongeBob Movie: Sponge on the Run itu boleh ditonton secara eksklusif menerusi penstriman milik induk Paramount Pictures, ViacomCBS.
FILEM The SpongeBob Movie: Sponge on the Run itu boleh ditonton secara eksklusif menerusi penstriman milik induk Paramount Pictures, ViacomCBS.
Agensi

FILEM terbaharu SpongeBob yang dibatalkan tayangannya tahun ini hanya akan ditayangkan secara digital tahun depan.

Syarikat penerbitan Paramount Pictures dan Nickelodeon mengumumkan filem The SpongeBob Movie: Sponge on the Run itu boleh ditonton secara eksklusif menerusi penstriman milik induk Paramount Pictures, ViacomCBS.

Wakil Presiden Eksekutif Nickelodeon Animation Production & Development, Ramsey Naito berkata, filem itu bakal dilancarkan serentak dengan semua musim siri televisyen SpongeBob SquarePants.

"Kami gembira dapat memberi kanak-kanak dan keluarga tontonan yang layak dengan cara apa pun yang kami boleh.

"Jadi, melancarkan PVOD (Premium Video On-demand) untuk filem SpongeBob yang baharu dan semua musim siri TV di CBS All Access adalah dua cara terbaik yang dapat saya fikirkan secara optimis," katanya.

Filem yang diarahkan Tim Hill ini menampilkan pelakon alih suara, Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence, Douglas Lawrence dan Reggie Watts.

Sponge on the Run adalah filem ketiga SpongeBob selepas The SpongeBob SquarePants Movie (2004) dan The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water (2005).

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 10:20 AM