CARL Reiner meninggal dunia
CARL Reiner meninggal dunia
Agensi

PELAWAK legenda Hollywood, Carl Reiner meninggal pada usia 98 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Beverly Hills, Amerika Syarikat, semalam.

Kematiannya itu disahkan pembantu peribadinya, Judy Nadgy.

Pelakon prolifik yang juga penulis, pengarah dan pengarah itu pernah membintangi filem Ocean's Eleven pada 2001 serta dua sekuelnya memegang watak Saul Bloom. Antara filem arahannya ialah The Jerk pada 1979 dan All of Me (1984).

Terdahulu dia turut membantu dalam menerbitkan program Dick Van Dyke Show. Program terbabit pernah beberapa kali memenangi Anugerah Emmy.

Pada usia 90-an, dia masih aktif menyumbang suara latar untuk program dokumentari antaranya You're Not in the Obit dan Eat Breakfast.

Baru-baru ini, dia turut dilaporkan antara memberikan sokongan padu terhadap kempen Black Lives Matter bersama anak perempuannya.

Reiner meninggalkan tiga anak iaitu Annie, Lucas dan Rob yang semuanya mengikuti jejak bapanya menjadi pelakon dan pengarah.

Isterinya, Estelle meninggal dunia pada 2008 di usia 64 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 8:58 AM