X
Sushant Singh Rajput
Sushant Singh Rajput
Agensi

MESKIPUN kematian pelakon Sushant Singh Rajput, 34, sudah dua minggu berlalu, namun hingga kini masih hangat dibicarakan di arena industri hiburan Bollywood.

  Apatah lagi, kematian bintang berbakat itu dikaitkan dengan isu 'nepotism' yang sememangnya wujud pada kalangan penggiat seni  di India.

   Malah, ada beberapa nama penggiat seni popular Bollywood disebut-sebut sebagai pejuang kuat   'nepotism', antaranya pengarah Karan Johar.

  Pun begitu, keluarga Sushant  yang masih sedih meratapi kematian itu, merawat hati dengan berkongsi foto-foto kenangan di media sosial.

   Terbaru, kakaknya dikenali Shweta Singh Kirti berkongsi foto Sushant bersama anak saudara di Instagram dengan menulis kapsyen indah.

"Sweetheart (Kekasih), Freyju with her Mamu (bersama pakciknya)". 

#sushantsinghrajput

Foto Sushant bersama anak saudara, Freyju, yang dikongsi kakaknya di IG.
Foto Sushant bersama anak saudara, Freyju, yang dikongsi kakaknya di IG.

  Ternyata kepsyen ditulis pada foto itu mendapat komen positif yang menjurus pada kata-kata semangat dan kasih sayang yang ditulis peminat Sushant.

   Menerusi hantaran foto itu, lebih daripada 27,000 warganet berkongsi tanda suka, manakala ruang komen pula dipenuhi lebih 2,200 perkongsian luahan ucapan peminat.

Kematian Sushant yang dipercayai akibat bunuh diri, hingga kini masih dalam siasatan pihak polis berikutan apakah tindakannya didorong masalah kemurungan dihidapi.

Sushant yang ditemui meninggal dunia di kediamannya, dilaporkan mula menceburi kerjaya lakonan pada 2008 dengan membintangi telefilem Kis Desh Mein Hai Meraa Dil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 12:04 PM