AIN bersama suaminya, Amirul. FOTO ihsan IG
AIN bersama suaminya, Amirul. FOTO ihsan IG
Norhayati Nordin


PENGACARA dan pelakon Ain Edruce, 28, mengaku dia tidak malu belajar memasak daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 27.

Ain yang baharu tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Amirul berkata suaminya tahu dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain.

"Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar.

 "Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul," katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata suaminya yang juga ahli perniagaan sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak hidangan menu untuk mereka berdua.

"Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya.

"Saya bukan isteri sempurna, tetapi di antara kami berusaha untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, saya sedia memperbaiki kekurangan diri," katanya.

Menurut Ain lagi, dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Apapun, ujarnya dia bersyukur suaminya rajin dan sangat memahami.

Ujar Ain, suaminya cekap mengurus diri sendiri. Malah, Amirul juga menyokong dia sepenuhnya dalam kerjaya. Katanya dia sangat bersyukur.

Megulas soal cahaya mata, Ain berkata dia dan suami menyerahkan pada ketentuan Allah. Jelasnya, urusan zuriat adalah rezeki Allah yang tidak dirancang

Kembali aktif mengacara, Ain kini sibuk menyiapkan rakaman program terbaharu, Immortal Song untuk TV3. Selain, dia juga akan ke set penggambaran sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim baru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 3:39 PM